Sunday, September 5, 2010

KESAN MODENISASI DAN GLOBALISASI PETEMPATAN SANDAKAN

Pusat membangun bagi mana-mana negeri adalah bandar-bandar serta ibukota-ibukota yang utama. Walaupun petempatan mula-mula ditubuhkan di Balembang dan kemudian Kudat iaitu ibukota yang utama bagi Borneo Utara, Sebaliknya Residen Pertama Syarikat Borneo Utara British, William B. Pryer telah memilih Sandakan sebagai pusat untuk membangun dan berdagang. Manakala Baron De Overbeck ditabalkan sebagai Raja Sandakan oleh Sultan Sulu. Kedudukan Sandakan sebagai ibukota berterusan sehingga selepas perang dunia ke-2 apabila kerajaan British mengambil alihpentadbiran bagi Borneo Utara dan menjadikan Jesselton (sekarang Bandaraya Kota Kinabalu) sebagai pusat ibukota.


MODENISASI DAN GLOBALISASI YANG DIWUJUDKAN OLEH SYARIKAT CHARTERED BORNEO UTARA BRITISH (1878-1930)




01. Pembukaan syarikat perniagaan milik imigran dan pertambahan migrasi penduduk cina.
02. Penubuhan sekolah rasmi oleh mubaligh Roman Katolik.
03. Pembinaan gereja St. Michael.
04. Perintisan hutan rimba dan perdagangan kayu Balak ke Australia.
05. Pembinaan Kuil Cina Sam Sing Kung.
06. Penubuhan sekolah St. Michael milik mazhab gereja Anglikan dari England.
07. Mesin telegraf automatik Sandakan - London.
08. Naik taraf jalanraya.
09. Penubuhan kelab rekriasi.
10. Bekalan elektrik.
11. Pengangkutan kereta.
12. Panggung wayang dan opera cina.
13. Kelab Golf Sandakan.
14. Telefon automatik.
15.Wayang Teater Melayu.

KESAN PEMBANGUNAN SANDAKAN KEPADA RAKYAT LUAR BANDAR BORNEO UTARA DI BAWAH SYARIKAT CHARTERED BORNEO UTARA BRITISH


Antara masalah besar yang dihadapi oleh rakyat luar bandar ialah:

01. Penangkapan atas pelbagai tuduhan dan kesalahan yang mengikut undang-undang British.
02. Sistem kerahan tenaga paksa dalam pelaksanaan projek pembangunan dan perdagangan Borneo Utara.
03. Undang-undang pengasingan suami, isteri dan anak-anak untuk dikerah bekerja di dalam hutan rimba.
04. Gangguan adat dan kepercayaan agama rakyat.
05. Larangan meneroka hutan untuk tujuan pertanian sara diri.
06. Undang-undang cukai rumahtangga, cukai pertanian, cukai hasil hutan dan cukai memburu.
07. Larangan memungut cukai warisan kepada kerabat sultan.

 Gambaran nasib dan masa depan turun temurun rakyat luar bandar di bawah 
Syarikat Chartered Borneo Utara British (foto 1920)

Undang-undang dan peraturan baru yang dikenakan oleh Syarikat Chartered Borneo Utara British yang bercorak DIKTATORIAL telah mencetuskan provokasi dan kemarahan rakyat pelbagai kaum di Borneo Utara. Antara provokator pribumi Borneo Utara yang terkenal ialah:

1. Pembesar Suluk dan Bajau, Datuk Paduka Mat Salleh.
2. Pembesar Paitan, Pak Musa.
3. Pembesar Murut, Ontoros Antanom.

Ilustrasi Pembesar Suluk-Bajau, Datuk Paduka Mat Salleh

Thursday, September 2, 2010

PULAU BORNEO

Pulau Borneo, kedua besarnya didunia selepas Greenland dengan gunung tertinggi adalah Gunung Kinabalu. Menurut sumber sejarah, pulau ini telah dijumpai oleh kaum cina sebelum abad pertama tetapi tiada apa-apa langkah dibuat untuk mendudukinya. Dalam masa yang sama di ketika itu, hampir seluruh pulau diperintah oleh kerajaan Sultan Brunei yang kuat. Dikatakan bahawa Ferdinand Magellan, Peneroka Portugis telahpun melawat Brunei pada abad ke-16 dalam perjalanan beliau ke Filipina.


Peta Lama Borneo Oleh Inggeris

 Lithograf Gunung Kinabalu terbitan 1862

 Lakaran Ilustrasi Tanah Tinggi Kinabalu dari cetakan akhbar Berita London tahun 1881

Peneroka Portugis, Ferdinand Magellan
1480-1521


Sultan Brunei, Sultan Abdul Momin Ibnu Pangiran Shahbandar (1785-1885)
antara tokoh kerabat diRaja Brunei yang dominan dan kuat


ANTARA TOKOH-TOKOH PADA AWAL SEJARAH BORNEO (SABAH)

 Lambang Syarikat Chartered Borneo Utara British (1882-1948)

Pada mulanya, kelahiran Sabah sebagai tapak pentadbiran telah diperintah oleh tokoh-tokoh yang berjiwa berani dan cekal.

Tokoh-tokoh seperti Gustavus Baron Overbeck dan sahabatnya Alfred Dent membiayai wang sebanyak 10,000 Pound Inggeris untuk membeli atau memajak seluruh tanah Borneo Utara daripada Sultan Sulu, Yang Maha Mulia DiRaja Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Al Jamal Al Alam Bin Sri Paduka Al Marhom Al Sultan Mohamet Fathlon pada tahun 1876 untuk selamanya dan berkekalan termasuk pembayaran gantirugi tahunan kepada Sultan Sulu sebanyak 5,000 Pound Inggeris.

Tokoh Berbangsa British, Alfred Dent, Ahli Perniagaan 
Sahabat Kepada Gustavus Baron Overbeck, Ketua Konsulat berbangsa Austrian 
di Hong Kong. Pengasas Syarikat Dent dan  
Syarikat Chartered Borneo Utara British.

Sultan Sulu, Yang Maha Mulia DiRaja Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Al Jamal Al Alam (Sultan Jamalul Aghdam) Bin Sri Paduka Al Marhom Al Sultan Mohamet Fathlon 
1862-1881

Sir Henry Keppel,GCB,OM (1809-1904)
Laksamana Angkatan Laut British, 
Ahli Pengarah Pengadilan Syarikat Chartered Borneo Utara British


Sir Rutherford Alcock, KCB (1809-1897)
Wakil Diplomat British
Pengerusi Pertama Syarikat Chartered Borneo Utara


William Burgess Pryer (1843-1899)
Pengkaji Serangga/Entomologist
Residen Pertama Pantai Timur Dan Pengasas Sandakan


Frank Hatton (1859-1883)
Peneroka Dan Pengkaji Saintifik Pertama
Syarikat Chartered Borneo Utara British



PEMBUKA KATA

Salam...

Buat saudara saudari muslimin dan muslimat, selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah. Dan buat saudara dan saudari yang bukan beragama Islam, salam ikatan persahabatan diucapkan walau dimana saja anda berada.

PANDANGAN POLITIK

Secara peribadinya, saya berpegang pada prinsip PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya menghormati hak BUMIPUTERA dalam hal ehwal kebebasan untuk beragama, memiliki tanah-tanah kerajaan negeri dan adat anak negeri.


Namun begitu, saya TIDAK BERPENDIRIAN untuk menyokong perbuatan yang salah dalam hal ehwal pentadbiran rakyat,Korupsi dan juga sikap kepimpinan yang diktator.

Mohd. Shabriel @ Sibrie Datuk Mynoor (1978-Sekarang)
Bekerja Sendiri / Usahawan Enterprise


KENANGAN HIDUP



Sedikit mengenai kenangan dan perjalanan hidup, saya dilahirkan di Kota Kinabalu dan dibesarkan di sana sehingga usia 13 tahun. Sewaktu kecil, saya pernah di hantar untuk bersekolah di Sekolah Kanak-Kanak Tadika Yayasan Sabah di zaman awal pemerintahan Datuk Pairin Kitingan (Kerajaan Parti Bersatu Sabah) dan kemudian saya di hantar untuk belajar di Sekolah Rendah (Ketika masuk mendaftar, masih berstatus Jenis Kebangsaan) SRK Sacred Heart, Sembulan dan seterusnya ke Maktab Sabah, SMK Kundasang dan Sekolah Borneo Institute di Ranau. Akhir sekali, saya mengikuti kursus sijil dan diploma di Pusat Matrikulasi Chermai Jaya, Kuching, Sarawak atas biaya sendiri.

Setelah lebih kurang 4 tahun berada di Sarawak, saya kembali ke Kundasang atas permintaan keluarga untuk mengisi keperluan khidmat pengambilan tenaga guru sementara PIBG di SMK Kundasang selama setahun dan di tugaskan untuk membantu pelajar tingkatan 1,2 dan 3 dalam pembelajaran subjek Bahasa Inggeris serta membantu mengawal perjalanan peperiksaan semester sekolah.

Selepas tamat berkhidmat, saya mula berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan perniagaan sendiri. Saya ada ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan dan menjadi seorang warga Pendidik sepenuh masa oleh pihak sekolah. Tetapi, minat saya lebih cenderung kepada melakukan pekerjaan dan perniagaan sendiri.

Saya pernah mengambil pengalaman bekerja selama beberapa minggu di Ladang Besar Ternakan Lembu milik seorang jutawan usahawan cina yang terkenal di daerah Keningau dan di Ladang Kelapa Sawit Balung, Tawau milik seorang bekas Ketua Menteri, Datuk Harris Salleh. Tujuannya semata-mata untuk mendapatkan sedikit ilmu dan pengalaman bekerja di ladang. Di sana, saya banyak menghabiskan masa bersama dengan pekerja-pekerja ladang yang bekerja dan mendengar serta melihat sendiri keadaan pekerjaan harian mereka. Selain dari pengalaman bekerja sendiri di ladang milik orang, saya juga mengikuti kursus-kursus pertanian yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri dan anjuran oleh Kementerian dan Jabatan Pertanian.

Setelah menimba sedikit pengalaman dalam bidang perladangan, saya melanjutkan ke bidang pelancongan di Asian Tourism Institution, Kota Kinabalu dan selepas jangkamasa yang pendek kembali lagi ke Kundasang untuk membantu menjalankan perniagaan dalam bidang Komputer Internet seterusnya memulakan perniagaan penginapan hotel di Sedco Pekan Kundasang. Setelah selesai, saya mula beralih ke bidang perladangan dan membuka satu kawasan tanah hutan belukar di kampung Tarawas, Timbua pada pertengahan tahun 2008 dan kini sudah pun selesai menanam lebih seribu anak pokok sawit yang seluas lebih kurang 30 ekar.

AKTIVITI POLITIK

Dalam bidang politik, saya telah mendaftar sebagai ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menerusi cawangan Kampung Muhibbah, Kundasang sejak tahun 2002 sehingga kini dan dilantik oleh cawangan pemuda untuk memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Cawangan tahun 2002-2008 dan sebagai Penolong Setiausaha Cawangan sejak tahun 2009 sehingga sekarang.

Semenjak kecil, komuniti di sekitar tempat saya membesar sangat aktif dalam berpolitik. Setiap kali tibanya musim hari pilihanraya, semua orang dikala itu akan menumpukan sepenuh tenaga dalam aktiviti berkempen untuk meraih kemenangan undi dan meninggalkan pekerjaan dan perniagaan harian untuk sementara waktu.

Dalam musim pilihanraya tahun 2004, saya pernah terlibat buat pertama kalinya dalam kerja-kerja membantu Markas jentera BN menjalankan aktiviti berkempen untuk sekitar kawasan N29 Kundasang. Kempen pada masa itu adalah untuk memperkenalkan calon baru dari parti PBS BN, YB Dr. Joachim Gunsalam, berasal dari Bundu Tuhan bagi menggantikan calon PBS (ketika itu sebagai pembangkang) YB Karim Adam yang juga berasal dari Bundu Tuhan. YB Dr Joachim secara keseluruhan pada saat akhirnya di isytiharkan oleh Pesuruhjaya PilihanRaya Malaysia menang undi majoriti untuk kerusi N29 Kundasang. Seterusnya di musim pilihanraya 2008, YB Dr Joachim sekali lagi dicalonkan oleh BN dan memenangi undi majoriti.


MENGENAI AYAH

Ayah saya juga seorang ahli politik yang kini sudah bersara. Di zaman belia beliau, Kerusi kawasan Kundasang belum lagi dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas untuk rakyat. Keadaan sekitar masih sebuah perkampungan rumah-rumah berasaskan kayu yang dibina berselerakan yang tiada jalanraya berturap, kemudahan letrik dan paip air serta deretan bangunan rumah kedai seperti sekarang. Kebanyakkan rakyat juga belum memiliki sumber ekonomi yang memuaskan dan dapat menampung keperluan hidup sekeluarga.



Semasa zaman peralihan kuasa kerajaan negeri lewat tahun 60-an, beliau telah dilantik untuk memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi dalam parti BERJAYA yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Fuad Stephen dan Datuk Harris Salleh untuk menentang kerajaan USNO pimpinan Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun di Kota Kinabalu. Beliau seterusnya bertanding sebagai calon bagi kawasan Kundasang dan memenangi undi majoriti semenjak tahun 1976 hingga kemudian kerajaan parti BERJAYA berakhir pada tahun 1984 apabila munculnya sebuah Parti Baru PBS pimpinan Datuk Pairin Kitingan yang mulai memenangi hati rakyat dan memenangi undi untuk memerintah.

 Datuk Harris Salleh, Datuk Mynoor Ginggor Dan Tun Dr Mahathir Mohammad

Datuk Mynoor Ginggor

Walaupun kerjaya beliau sebagai ahli politik sudah berakhir, namun di atas khidmat yang telah disumbangkan untuk membangunkan pelbagai kemudahan asas rakyat untuk Kerusi Kundasang, berbaloi dan di ikhtiraf oleh kerajaan dan beliau dikurniakan gelaran dan pangkat Datuk bintang Johan Setia Mahkota dan Ahli Mangku Negara. Suatu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh beliau sendiri pada tahun 1998 untuk memperingati jasa yang telah beliau curahkan kepada rakyat dan kerajaan negeri Sabah. Datuk Mynoor Ginggor.