Buat saudara saudari muslimin dan muslimat, selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah. Dan buat saudara dan saudari yang bukan beragama Islam, salam ikatan persahabatan diucapkan walau dimana saja anda berada.
PANDANGAN POLITIK
Secara peribadinya, saya berpegang pada prinsip PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya menghormati hak BUMIPUTERA dalam hal ehwal kebebasan untuk beragama, memiliki tanah-tanah kerajaan negeri dan adat anak negeri.
Namun begitu, saya TIDAK BERPENDIRIAN untuk menyokong perbuatan yang salah dalam hal ehwal pentadbiran rakyat,Korupsi dan juga sikap kepimpinan yang diktator.
Mohd. Shabriel @ Sibrie Datuk Mynoor (1978-Sekarang)
Bekerja Sendiri / Usahawan Enterprise
Sedikit mengenai kenangan dan perjalanan hidup, saya dilahirkan di Kota Kinabalu dan dibesarkan di sana sehingga usia 13 tahun. Sewaktu kecil, saya pernah di hantar untuk bersekolah di Sekolah Kanak-Kanak Tadika Yayasan Sabah di zaman awal pemerintahan Datuk Pairin Kitingan (Kerajaan Parti Bersatu Sabah) dan kemudian saya di hantar untuk belajar di Sekolah Rendah (Ketika masuk mendaftar, masih berstatus Jenis Kebangsaan) SRK Sacred Heart, Sembulan dan seterusnya ke Maktab Sabah, SMK Kundasang dan Sekolah Borneo Institute di Ranau. Akhir sekali, saya mengikuti kursus sijil dan diploma di Pusat Matrikulasi Chermai Jaya, Kuching, Sarawak atas biaya sendiri.Setelah lebih kurang 4 tahun berada di Sarawak, saya kembali ke Kundasang atas permintaan keluarga untuk mengisi keperluan khidmat pengambilan tenaga guru sementara PIBG di SMK Kundasang selama setahun dan di tugaskan untuk membantu pelajar tingkatan 1,2 dan 3 dalam pembelajaran subjek Bahasa Inggeris serta membantu mengawal perjalanan peperiksaan semester sekolah.
Selepas tamat berkhidmat, saya mula berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan perniagaan sendiri. Saya ada ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan dan menjadi seorang warga Pendidik sepenuh masa oleh pihak sekolah. Tetapi, minat saya lebih cenderung kepada melakukan pekerjaan dan perniagaan sendiri.
Saya pernah mengambil pengalaman bekerja selama beberapa minggu di Ladang Besar Ternakan Lembu milik seorang jutawan usahawan cina yang terkenal di daerah Keningau dan di Ladang Kelapa Sawit Balung, Tawau milik seorang bekas Ketua Menteri, Datuk Harris Salleh. Tujuannya semata-mata untuk mendapatkan sedikit ilmu dan pengalaman bekerja di ladang. Di sana, saya banyak menghabiskan masa bersama dengan pekerja-pekerja ladang yang bekerja dan mendengar serta melihat sendiri keadaan pekerjaan harian mereka. Selain dari pengalaman bekerja sendiri di ladang milik orang, saya juga mengikuti kursus-kursus pertanian yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri dan anjuran oleh Kementerian dan Jabatan Pertanian.
Setelah menimba sedikit pengalaman dalam bidang perladangan, saya melanjutkan ke bidang pelancongan di Asian Tourism Institution, Kota Kinabalu dan selepas jangkamasa yang pendek kembali lagi ke Kundasang untuk membantu menjalankan perniagaan dalam bidang Komputer Internet seterusnya memulakan perniagaan penginapan hotel di Sedco Pekan Kundasang. Setelah selesai, saya mula beralih ke bidang perladangan dan membuka satu kawasan tanah hutan belukar di kampung Tarawas, Timbua pada pertengahan tahun 2008 dan kini sudah pun selesai menanam lebih seribu anak pokok sawit yang seluas lebih kurang 30 ekar.
AKTIVITI POLITIK
Semenjak kecil, komuniti di sekitar tempat saya membesar sangat aktif dalam berpolitik. Setiap kali tibanya musim hari pilihanraya, semua orang dikala itu akan menumpukan sepenuh tenaga dalam aktiviti berkempen untuk meraih kemenangan undi dan meninggalkan pekerjaan dan perniagaan harian untuk sementara waktu.
Ayah saya juga seorang ahli politik yang kini sudah bersara. Di zaman belia beliau, Kerusi kawasan Kundasang belum lagi dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas untuk rakyat. Keadaan sekitar masih sebuah perkampungan rumah-rumah berasaskan kayu yang dibina berselerakan yang tiada jalanraya berturap, kemudahan letrik dan paip air serta deretan bangunan rumah kedai seperti sekarang. Kebanyakkan rakyat juga belum memiliki sumber ekonomi yang memuaskan dan dapat menampung keperluan hidup sekeluarga.
Datuk Harris Salleh, Datuk Mynoor Ginggor Dan Tun Dr Mahathir Mohammad
Datuk Mynoor Ginggor
No comments:
Post a Comment